Jul 31, 2007

TANPA CEMBURU CINTA TERASA HAMBAR

CEMBURU adalah fitrah semulajadi anugerah Allah kepada semua manusia tidak kira lelaki atau perempuan, pangkat atau darjat, kaya mahupun miskin. Semuanya sudah tentu pernah didera oleh perasaan cemburu ini.

Cemburu ada pelbagai peringkat, ada cemburu yang memang dituntut, ada cemburu kerana terlalu sayang dan ada cemburu yang tidak bertempat atau lebih dikenali dengan cemburu buta.
Jarang orang bercerita tentang sifat cemburu lelaki tetapi sebenarnya mereka juga tidak terlepas dari perasaan ini. Lelaki selalunya akan merasa cemburu apabila dia berasa dilupakan, diabaikan atau tidak diikutsertakan ketika pasangannya membuat sebarang keputusan penting.
Lebih dahsyat lagi sekiranya lelaki cemburu akibat cinta tiga segi. Mereka boleh bertindak agresif sehingga sanggup membunuh sekalipun. Perkara ini pernah berlaku di negara kita dan telah disiarkan oleh media masa.

Namun lelaki kurang memperlihatkan rasa cemburunya kerana menjaga harga diri. Mereka akan kurang selesa apabila perasaan cemburunya diketahui orang lain termasuk pasangan yang sedang dicemburuinya itu.

Walaubagaimanapun sifat cemburu ini lebih sinonim dengan wanita kerana mereka selalunya tidak dapat menyorok perasaan cemburu. Perkara ini selalunya dikaitkan dengan satu bahagian akal tidak dapat mengawal sembilan bahagian nafsu yang dimiliki oleh wanita berbanding lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan satu bahagian nafsu.

Kenapa wanita cemburu?. Wanita selalunya cemburu apabila mengetahui pasangannya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dalam erti kata sebenarnya, mereka takut berpindahnya kasih sayang dan juga perasaan tidak percaya akan kesetiaan orang yang dicintainya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Sebab itulah terciptanya ungkapan `cemburu itu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang kepada seseorang tersebut, kenapa pula kita harus cemburu.

Pepatah ada mengatakan, Cemburu adalah bunga cinta, bunga ini dapat menghasilkan buah yang manis ataupun pahit dan kitalah yang perlu mengolahkannya supaya ianya enak untuk dinikmati.

Ketika seseorang cemburu, akan terbit di dalamnya perasaan marah, sedih, takut, malu, merasa bersalah, khuatir, tiada keyakinan diri bahkan sakit kepala atau reaksi fizikal yang lain. Naluri ini adalah sangat sukar untuk dibendung kerana di dalam diri setiap wanita tertanam perasaan bahawa pasangannya adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan berperasangka buruk. Hakikatnya dia sedar sikap cemburunya itu tidak disenangi oleh pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya sehingga kepada perkara-perkara kecil sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya.

Perasaan ini sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan seseorang tersebut hilang pertimbangan dan akan melakukan perkara-perkara yang di luar dugaan. Sudah tentu kita masih ingat kisah seorang ibu yang sanggup menjerut leher dua orang anaknya sehingga mati kerana marah yang terbit dari perasaan cemburu apabila mengetahui suaminya ingin berkahwin lagi. Malah ada kes isteri yang sanggup membunuh diri kerana tekanan perasaan tersebut.

Oleh itu sekiranya anda mendapat pasangan yang kuat cemburu, anda haruslah mengawal keadaan supaya perasaan cemburunya tidak merebak. Beberapa cara yang boleh digunakan adalah seperti jangan terikut-ikut dengan sikapnya. Mungkin kita tidak perlu menjawab soalan-soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

Anggaplah bahawa dia sebenarnya bukan berniat untuk menyakiti hati kita, sebaliknya dilakukan tanpa disedari dan kita seharusnya tidak terlalu mengambil hati. Cubalah bina semula keyakinan dirinya dengan memberi pujian dan sentiasa meluahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita sentiasa menyayangi dan menghargainya. Dan janganlah lagi mambabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuahkan perasaan cemburunya berbuah kembali seperti berbual-bual mesra dan bergurau senda dengan orang lain.

Di dalam konteks hubungan suami isteri pula, terimalah perasaan cemburu ini sebagai asam garam di dalam kehidupan berumah tangga. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku. Jadikanlah perasaan cemburu sebagai alat untuk memperbaiki sikap dan memperbetulkan mana yang terkurang.

Dengan itu cinta dan cemburu haruslah diambil sesedap rasa sebagai `perencah’ kebahagiaan rumah tangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, tanpa cemburu cinta terasa hambar.....

Dipetik dari

Pahlawanku

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

Jul 29, 2007

Polis Wanita Iran - Jangan main-main

Berlainan daripada polis wanita yang biasa kite jumpa, polis wanita di negara Iran mempunyai keunikannya yang tersendiri.





Bahaya jika TERLALU...

1. Terlalu LAMA BERDIRI ?

Merosakkan tulang.Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu LAMA DUDUK ?

Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.

3. Terlalu LAMA MELIHAT ?

Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.

4. Terlalu BANYAK TIDUR ?

Merosakkan tenaga. Menjadipemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim
menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

5. Terlalu RIANG/GEMBIRA ?

Merosakkan usus.

6. Terlalu KERAP MARAH ?

Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

7. Terlalu BANYAK BERFIKIR ?

Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur
kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.

8. Terlalu BANYAK BERSEDIH ?

Merosakkan jantung.

9. Terlalu MERANA ?

Merosakkan paru-paru.

10. Terlalu TAKUT ?

Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemahjantung.

11. Terlalu KERAP TERKEJUT ?

Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.

12. Terlalu BANYAK MAKAN ?

Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang
bersih ( semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)

13. Terlalu BANYAK MINUM AIS ?

Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah
diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

14. Terlalu BANYAK MASA LAPANG ?

Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan
menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan akitiviti hidup positif.

Rahsia TandaTangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin

Ada personaliti yang hebat

Agak mementingkan diri sendiri

Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

Anda romantik

Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

Memilih kecantikan (bagi lelaki)

Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

Anda kelihatan mudah dan tenang

Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

Seronok dengan kehidupan

Ikut gaya dan cara sendiri

Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

Anda sentiasa berusaha supaya smart

Suka berselindung

Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

Seorang yang sangat prihatin

Tidak pentingkan diri sendiri

Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

Seorang pemikir

Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

Seorang yang sangat baik

Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

Tegas dengan pendapat sendiri

Ada semangat yang tinggi


Jul 25, 2007

Love is Cinta

Irwansyah & Acha - Ada Cinta

Ucapkanlah kasih satu kata yg ku nantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada

Nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu







Jul 23, 2007

Waja baru Wang Kertas bernilai RM 50

Waja baru Wang Kertas bernilai RM 50 yang akan dikemukakan.


Telefon Pintar

LEBIH 80 peratus penduduk di negara ini memiliki telefon bimbit, sekali gus menunjukkan komunikasi kebanyakan masyarakat di negara ini berada di tahap yang amat memuaskan.

Tahap itu sejajar dengan hala tuju negara ke arah mewujudkan masyakarat berpengetahuan kerana hanya dengan maklumat mereka mampu membuat keputusan dengan lebih berkesan.


Pelbagai jenis telefon bimbit dilambakkan di pasaran tempatan ketika ini, menjadikan orang ramai lebih rakus memilih dan ada pula yang gelap mata atau keliru untuk memilih yang mana satu paling sesuai bagi kegunaan sendiri serta berada dalam lingkungan bajetnya.

Dua jenis telefon bimbit berada di pasaran iaitu telefon biasa dan telefon pintar yang biasanya dijual pada harga lebih tinggi sejajar dengan kemampuannya.

Pada awalnya pengeluar telefon pintar hanya berkerjasama dengan gergasi perisian dunia, Microsoft Corp untuk menghasilkan sistem operasi (OS) Windows versi mudah alih.

Oleh itu, kebanyakan telefon pintar berada di pasaran beroperasi di atas landasan OS Microsoft Windows Mobile.

Kini, telefon pintar bukan saja dengan OS Windows, malah Symbian yang terkenal sebagai OS telefon bimbit sudah memperkenalkan OS khusus untuk telefon pintar juga. Terbaru sekali ialah Symbian OS v9.5.

Telefon pintar didapati berkembang pesat di seluruh dunia dan OS Symbian versi terbaru itu dikatakan memiliki lebih 70 ciri baru untuk prestasi tinggi, tapi dalam lingkungan bajet pengguna biasa.

Itu bermakna telefon pintar bukan lagi untuk golongan profesional atau eksekutif saja, tapi mula diperluaskan ke peringkat pengguna biasa.

Walaupun apa pun jenis OS yang digunakan, telefon pintar membuka lembaran baru dalam teknologi telefon bimbit kerana berjaya menggabungkan fungsi suara dengan komunikasi data menerusi perisian pengurusan maklumat peribadi terbaik.

Ia menyediakan set aplikasi, kefungsian telefoni bersepadu dan platform. pembangunan terbuka.

Telefon bimbit yang dibangunkan berasaskan platform. teknologi pintar, menawarkan kedua-dua fungsi utama iaitu suara dan komunikasi teks, di samping diperkaya dengan aplikasi data tanpa wayar.

Kepada pengguna yang biasa menggunakan komputer peribadi atau notebook, pasti lebih mudah menggunakan telefon ini kerana sama-sama berasaskan OS Windows.

Telefon pintar lebih mudah digunakan untuk menjadikannya benar-benar alat peribadi dan cukup bertenaga untuk tujuan bekerja atau berhibur.

Pengeluar cip terbesar dunia, Intel Corporation berpendapat, menyediakan telefon pintar kepada kakitangannya dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan kos.

Walaupun berada di luar pejabat, namun mereka masih boleh menyemak senarai tugasan pada hari itu, menyemak jadual tugasan, menyemak kalendar, menyemak senarai kenalan, memantau e-mel dan membuat panggilan.

Menurut pendapat Intel lagi, kakitangannya bukan sekadar boleh menyemak, malah boleh membuat perubahan secara langsung dan mengurus sendiri dari jarak jauh, sedangkan ia terus berhubungan dengan sistem perkomputerannya di pejabat.

Faktor itu memberikan lebih kawalan dan membenarkan mereka menghabiskan lebih banyak masa kepada sesuatu yang lebih utama untuk kepentingan serta peningkatan syarikat.

Menggunakan telefon pintar untuk mencapai kalendar atau e-mel dapat meningkatkan produktiviti kerana reka bentuknya yang lebih kecil dan mudah di bawa ke mana saja berbanding komputer notebook.

Untuk memastikan pengguna terus mendapat kefungsian terbaik dan terus terhubung itu, pengguna mestilah berada dalam ruang liputan, saiz peranti yang sesuai di bawa ke mana saja, jangka hayat bateri yang lebih panjang dan ciri mesra pengguna telefon bimbit terbabit.

Jika disebut mengenai ruang liputan, negara kita sudah tidak asing lagi dengan tiga penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi mudah alih yang kini meliputi hampir keseluruhan kawasan berpenduduk, walaupun hingga ke kawasan pedalaman.

Pelbagai jenis telefon pintar sudah berada di pasaran sebagai pilihan. Hanya perlu memilih untuk kesesuaian diri sendiri. Cuma perlu berhati-hati dan hanya memilih model yang memiliki ketahanan jangka hayat bateri lebih panjang.

Disebabkan kepelbagaian fungsi pintarnya, pengguna tidak perlukan lagi pembantu peribadi digital (PDA).

Jangan keliru kerana telefon pintar bukan PDA. Bezanya agak ketara kerana telefon pintar masih seperti telefon bimbit biasa yang kita miliki, manakala PDA lebih besar dan menggunakan kaedah input output skrin peka sentuhan.

Namun telefon pintar memiliki fungsi PDA, cuma bukan dengan skrin peka sentuhan. Ia direka bentuk untuk operasi sebelah tangan menggunakan pad kekunci sama ada untuk fungsi suara atau data.

Ada juga kalangan pengguna yang membawa komputer notebook ke mana-mana, namun ia belum cukup untuk memenuhi keperluan mendadak kerana tahap penyambungan yang masih terhad.

Biasanya untuk mendapat sambungan, komputer notebook perlukan kawasan liputan Wi-Fi. Pusat capaiannya masih terhad seperti di restoran dan lapangan terbang, sedangkan telefon pintar boleh digunakan selagi ada liputan rangkaian di mana saja.

Komputer notebook pula lebih sukar dan melengahkan. Pengguna perlu mengeluarkannya dari beg, kemudian menunggu untuk 慴ooting? Sebarang tugasan yang hendak dilakukan dengan cepat gagal dilakukan segera dan kurang cekap.

Satu kajian firma penyelidik terkemuka mendapati memang benar penggunaan telefon pintar dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi. Keputusan juga boleh dilakukan dengan segera.

Sebagaimana yang disebutkan di atas tadi, produktiviti meningkat kerana kebolehan mencapai maklumat dengan segera. Ia boleh dilakukan menerusi capaian ke sistem perkomputeran korporat, e-mel, pertukaran data di antara kakitangan, penjadualan temu janji/mesyuarat dan pelbagai tugasan lain.

Ia juga mampu menukar cara bekerja dari hanya di dalam pejabat, kini boleh dilakukan di mana saja, walaupun sedang menunggu bas, di dalam keretapi, atau ketika menikmati hidangan tengahari di restoran kegemaran.

Kajian itu juga mendapati seseorang yang menggunakan telefon pintar dapat menyeimbangkan antara kerja dengan kehidupan.

Bukan dikatakan ketua pejabat dapat mengerah kakitangannya yang mungkin sedang berjoging di taman bunga, tapi faktor kesegeraan itu dapat dimanfaatkan untuk kepentingan semua pihak.

Sambil berjoging, mereka juga boleh bekerja, sekali gus membuktikan tahap keanjalan yang boleh ditawarkan dari sebuah peranti kecil.

Walaupun Microsoft dan Symbian tidak mengeluarkan telefon bimbit, namun hampir semua pengeluar telefon bimbit di dunia menggunakan khidmat mereka dalam pembangunan telefon pintar masing-masing.

Jika menggunakan Windows, telefon anda boleh melakukan berbilang tugas aplikasi. Walaupun sedang bertelefon, pengguna masih boleh menyemak e-mel, menyemak senarai tugasan, membuat jadual temu janji yang baru dan sebagainya.

Antara lain, pengguna boleh memanipulasi atau memprogram telefon mengikut keperluan serta kecenderungan. Ia termasuk skrinnya yang boleh diprogramkan untuk capaian pantas ke sesuatu aplikasi. Ia termasuk butang-butang pantas yang boleh diprogramkan.

Orang juga sering memperkatakan mengenai keperibadian. Telefon pintar boleh diperibadikan berdasarkan keupayaannya. Ia merangkumi nada dering, sekim warna, skrin, imej, laman web kegemaran dan perkhidmatan mudah alih.

Begitu juga dengan kawalan serta pengurusan e-mel. OS Windows boleh memanipulasi aplikasi e-mel termasuk Outlook, IMAP atau POP3 dan SMTP.

Apabila pengguna pulang ke pejabat, ia boleh diselarikan dengan PC atau notebook menggunakan ActiveSync untuk mengemaskinikan semula kedua-duanya.

Jika sebelum itu pengguna ada membuat pembaharuan menggunakan telefon, maka maklumat baru itu akan dipindahkan ke PC, begitu juga sebaliknya.

Antara ciri paling signifikan apabila bercerita mengenai telefon pintar ialah:

- Telefon pintar semestinya bersaiz kecil untuk memudahkan dibawa ke mana saja.

- Telefon pintar itu juga semestinya menyokong penggunaan alat set pendengaran telinga.

- Jangka hayat bateri semestinya cukup panjang untuk menampung penggunaan yang banyak.

- Penyediaan butang-butang pantas untuk beberapa fungsi utama amat diperlukan.

Kesimpulan kepada penggunaan telefon pintar itu ialah kemampuannya memperbaiki produktiviti pengguna walaupun berada di luar pejabat.

Ia mudah dibawa ke mana saja berbanding komputer notebook yang kadangkala tidak sesuai digunakan di tempat tertentu.

Pengguna boleh mengisi masa lapang mereka dengan lebih cemerlang, bukan saja mencapai maklumat penting untuk mengemaskini diri, malah boleh bermain game, mendengar lagu kegemaran atau menonton video filem.

Dengan kata lain, pengguna boleh bekerja di pejabat, di rumah atau di mana saja. Pengguna juga boleh berhibur di pejabat, di rumah atau di mana saja.

Pemantauan ibu bapa elak anak terpesong

RAMAI menyedari tidak semua maklumat terkandung dalam internet sesuai untuk anak berikutan kemampuan minda mereka mengikut atau meniru apa saja yang terhidang di depan mata.

Kandungan dalam laman web boleh dicapai dengan mudah ditambah kehidupan pada zaman teknologi serba canggih memungkinkan anak terutama remaja mengakses apa sahaja melalui komputer peribadi atau komputer riba.


Ada kanak-kanak menyalah guna internet untuk mencari hiburan. Justeru, peranan ibu bapa penting bagi memantau maklumat yang disalurkan.

Adakah kita perlu mengharamkan internet kepada anak agar mereka tidak dipengaruhi unsur negatif atau menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat tertentu?

Jawapannya pasti tidak. Anak perlu didedahkan dengan dunia teknologi maklumat bagi meningkatkan pengetahuan selain tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu.

Apa yang pasti, internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Mereka yang patut disalahkan ialah penyumbang maklumat dan pereka laman tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Kesukaran mengawal kandungan internet memang jelas. Sebagai contoh, syarikat penyiaran BBC dalam satu artikelnya pada September 2002 melaporkan 30,000 pekerja hak asasi manusia digunakan kerajaan China untuk memerhatikan laman web, bilik sembang di internet dan e-mel bagi menapis kandungannya.

Bayangkan betapa susahnya mengawal internet. Ibu bapa yang menjadi pembimbing memainkan peranan mengawal kelakuan anak bukan menghalang mereka.

Laman web memang memberi kebebasan kepada pelayar menaip apa jua alamat. Mungkin anak menaip perkataan seperti kartun dengan niat untuk melihat karakter kegemaran mereka sedangkan ada juga kartun berunsur lucah.

Mengelak masalah seperti itu ada 'penawar'nya. Jika menggunakan enjin carian Yahoo, anda boleh menapis menggunakan 'SafeSearch' untuk mengelak teks atau gambar yang mengandungi kandungan khas untuk golongan dewasa.

Secara asasnya, klikkan 'on' dan ikon terima mengikut arahan disediakan sehingga ia menukar halaman menghalang sebarang laman web berunsur lucah atau ganas.

Mereka yang menggunakan Microsoft Internet Explorer (MIE) hanya perlu klik 'tools' (perkakasan) yang terletak di atas kotak MIE itu.

Kemudian, ia akan memaparkan ikon 'internet options' (pilihan internet) dan anda perlu kliknya dengan satu kotak baru akan dibuka. Lihat di atas dan anda harus klik 'content' (kandungan) pula dan anda akan melihat 'content advisor' (penasihat kandungan) muncul.

Ketika itu anda perlu tekan 'enable' (diaktifkan) yang satu lagi kotak baru akan muncul dengan di dalamnya ada empat kunci, masing-masing 'language' (bahasa), 'nudity' (bogel), 'sex' (seks) dan 'violence' (keganasan).

Setiap kali kunci itu diklik, seseorang boleh mengawal pada tahap mana mereka hendak mengawal laman web yang mempunyai empat elemen itu daripada memasuki saluran yang diakses.

Contohnya jika anda klik 'language', anda boleh mengawal daripada tahap satu iaitu tahap kawalan paling rendah sehingga tahap empat apabila laman web yang ada unsur bahasa kesat atau lucah akan dihalang secara langsung.

Begitu juga unsur bogel, seks dan keganasan. Anda boleh mengawal sendiri pada tahap mana anda inginkan pelepasan, terutama apabila komputer digunakan mereka yang di bawah 18 tahun.

Itu sebahagian cara mudah mengawal kandungan internet. Mampukah ia mengawal anak anda yang mengetahui cara mengelaknya terutama mereka meningkat dewasa.

Ibu bapa mesti membuka mata bahawa terdapat banyak perisian yang mampu melindungi internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas malah masalah virus seperti 'spam', 'phishing' dan 'malware' akibat tindakan anak.

Perisian khusus ini bertindak menyekat capaian ke laman web bermasalah menurut kaedah tertentu dan arahan yang diberi.

Ia membantu untuk masalah teknikal lebih besar contohnya, pembelian produk secara 'online' menggunakan kad kredit ibu bapa oleh anak yang terpengaruh dengan iklan di internet.

Mengawal penggunaan internet bukan hanya tertumpu kepada masalah kelucahan atau keganasan tetapi virus dan masalah lain yang dimuat turun secara tidak sengaja oleh anak pada komputer.

Penasihat Utama Teknologi Trend Micro Malaysia, Victor Lo, berkata ibu bapa perlu menghalang laman web tertentu mengikut segmen tertentu.

揔eselamatan boleh dititikberatkan dengan mencipta kata laluan untuk setiap ahli keluarga atau menyelia aktiviti laman web dari semasa ke semasa,?katanya.

Menurutnya, zaman teknologi masa kini memungkinkan anak memuat turun permainan atau gambar dengan mudah sehingga tidak sedar terdapat bahaya menanti.

揝ecara tidak langsung, ibu bapa tidak sedar ada anasir jahat yang mencuri segala maklumat dalam komputer seperti nombor akaun tanpa disedari,?katanya.

Menurut Lo, syarikatnya melalui Trend Micro Internet Security 2007 mampu mengawal pergerakan anak melalui pentadbiran kata laluan utama dalam komputer.

揑a mengehadkan pengguna komputer untuk laman web berniat jahat, mengawal ruang sembang serta e-mel dan rangkaian internet tidak selamat yang mengundang 'spyware' atau phishing,?katanya.

Katanya, anak perlu dikawal kerana kanak-kanak kurang pengetahuan mengenai bahaya jenayah siber dan hanya menurut apa yang diberikan kepada mereka.

Kehadiran semakin banyak laman web lucah di internet sekarang menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak sehingga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan ibu bapa membeli perisian khas komputer untuk menyekat anak mereka daripada mengakses laman itu.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, jenayah, terutama seks seperti rogol dan bunuh yang berlaku sekarang berpunca daripada generasi muda yang mudah hilang kawalan apabila melihat bahan lucah.

Fenomena laman lucah atau berunsur judi membimbangkan ibu bapa sehingga berasakan komputer juga tidak selamat untuk digunakan.

Antara syarikat perisian yang mengawal kandungan internet, F Secure mempunyai jawapan kepada masalah ibu bapa.

Melalui F-Secure Internet Security (FSIS) 2007, kawalan lebih ketat ditawarkan bagi mengelak penyalahgunaan internet secara langsung atau tidak.

Kecurian data dalam komputer ketika anak melayari internet mampu dielak dengan pantas atau sistem amaran mengenai laman berbahaya akan dimaklumkan kepada pengguna.

Pengurus Pemasaran Produknya, Velde Vainio, berkata teknologi F Secure sesuai digunakan di rumah membantu kawalan ibu bapa kepada anak.

Uniknya, F Secure mampu menyelia masa penggunaan internet agar anak anda tidak tertumpu kepada komputer semata-mata. Sebagai contoh, sekiranya anda hanya membenarkan penggunaan internet pada waktu petang, hanya klik pilihan masa itu.

Hadkan masa penggunaan internet sama ada sejam, dua jam atau lebih bergantung kepada anda. Cara ini mengawal anak anda daripada menghadap komputer sepanjang masa.

Terdapat beberapa cara awalan yang boleh diamalkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet di kalangan anak mereka.

Antaranya, menerangkan secara jelas kepada mereka bahawa laman web lucah atau berunsur negatif seharusnya ditutup terus jika terpapar di skrin atau memaklumkan kepada ibu bapa.

Mereka juga perlu dinasihatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit ibu bapa atau nombor akaun sewenang-wenangnya kepada orang lain.

Pastikan anak berjanji akan memberitahu anda aktiviti secara online yang dilakukannya termasuk menghantar gambar atau maklumat ke laman web sosial seperti 'Friendster' atau 'MySpace'.

Jangan letakkan komputer yang digunakan oleh anak anda menghadap dinding atau di suatu sudut yang terlalu terlindung. Ruang tamu adalah sesuai dengan skrin komputer menghadap tempat terbuka.

Simpan kata laluan utama bersama anda bagi mengelakkan kebocoran maklumat atau penyalahgunaan yang menyebabkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang.

Sentiasa berada di samping anak untuk mengawasi pergerakan online seperti rakan sembang di internet dan berbincang jika terdapat masalah berkaitan penggunaan komputer.

Internet juga adalah satu dunia yang menjadi semakin penting. Setiap hari, ia akan berkembang seiring kemajuan manusia seluruh dunia.

Dalam dunia baru ini tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka.

Kawalan ibu bapa amat penting bagi melahirkan minda anak yang cerdas dan bersih selain memantapkan daya fizikal serta mental ke arah pencapaian teknologi maju kini.





TIPS Mengawal Aktiviti Online Anak Anda:


1. Letakkan komputer di sudut terbuka yang boleh dilihat.

2. Berikan kata laluan tertentu untuk mengawal pergerakan online.

3. Jangan benarkan anak anda muat turun gambar, teks atau video yang diketahui asal usulnya.

4. Sentiasa berkongsi minat dengan anak agar anda tidak ketinggalan mengetahui arus teknologi terkini dalam bidang perkomputeran.

5. Elakkan memberi nombor kad kredit tanpa usul periksa kepada anak anda.

6. Berkongsi senarai nama kenalan anak anda melalui laman sembang atau Friendster dan MySpace

Malaysia Merdeka Lagi

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Dah tak lama lagi. Tak silap aku ini kemerdekaan yang ke 50 tahun. Betul ke?

Maaflah, jika nak cakap pasal Malaysia, rasanya ada berpuluh ribu alasan kenapa aku tak puas hati. Bukan dari segi pentadbiran negara saja yang aku tak betah untuk terima, malah rakyat Malaysia sendiri banyak yg ketegaq. Apa tu ketegaq? Ntahlah, aku sendiri kurang pasti. Rasanya ia sesuatu yang negatif.

Ye, rakyat Malaysia ni dah masuk kategori 'Tak dapek den nak nolong eh'. Kenapa? Banyak sebabnya tapi rasa malas pulak nak huraikan satu2 kat sini. Itulah, salah satu dari penyakit rakyat Malaysia. Malas! Pemalas! Nak masukkan sampah ke dalam tong sampah pun malas. Buang sampah merata-rata walaupun depan mata ada tulis 'Jangan Buang Sampah Di Sini'. Haa... kat situlah yang dia nak buang sangat. Malas ar nak cerita.

Jalan raya lagi satu. Itu dah jadi medan peperangan mat-mat rempit. Bukan mat rempit je, masuk sekali la mat remput. Ehmm.. apa namanya pemandu kereta yang bawak kereta macam kena kejar dengan polis lepas buat rompakan kat Gombak? Bukan mat remput ke? OK, apa-apa sajalah. Pendek kata, bila dah masuk jalan raya, semua orang bawak kenderaan masing-masing pada kadar halaju yang mereka tetapkan sendiri. Tak peduli la nak kena saman ke apa Rakyat Malaysia semua kaya-kaya apa. Bila-bila masa boleh bayar saman. Alah, saman. Apa sangatlah nak bayor saman tu. Malas ar nak cerita.

Manners, atau dalam Bahasa Malaysianya, budi bahasa. Bila orang cakap orang Malaysia ni kurang ajaran, tau pulak depa nak melenting. Apa, tak betul ke? Pembuli jalan raya ada merata tempat kat Malaysia ni. Yang dok buat dajal pun ada di mana-mana. Memang la takat tak tolong bukak pintu asa orang nak masuk Maybank tu bukanlah satu ukuran di mana kita boleh cakap orang tu ada budi bahasa ke idak. Tapi kita memang takde budi bahasa la. Memotong barisan masa kereta-kereta beratur tunggu giliran untuk masuk ke laluan, tak kurang ajar ke? Bila kita biarkan aje sorang datuk yang jalan terbongkok-bongkok melintas jalan raya, berbudi bahasakah kita? Bila masing-masing berselisih bahu di pasar malam, jangan kata nak tegur, senyum pun belum tentu lagi, maka kita ini bangsa yang berbudi bahasa ke? Malas ar nak cerita.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-50.

Transformer Buatan Malaysia

Mungkin anda sudah menonton yang menarik itu, bagaimana pula dengan Transformer buatan Malaysia? Malaysia Boleh!









Jul 22, 2007

Bocor Lagi

Bocor Lagi by Keris Silau - Malaysia Today

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it's PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice décor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers' money
So please spend the money wisely.

FOREX - Dagangan Mata Wang Asing

APA ITU FOREX

Forex ialah singkatan kepada Foreign Exchange. Ia merupakan satu perdagangan yang membolehkan kita memperdagangkan matawang asing dengan mudah. Forex pada asalnya adalah pasaran khusus untuk bank-bank besar dunia, institusi pelaburan atau individu berpengaruh (High Net Worth Individuals) seperti George Soros di mana wang permulaan sebanyak USD 10 juta diperlukan. Namun mulai awal Tahun 2000, pasaran Forex mula dibuka secara umum kepada sesiapa sahaja melalui talian internet tanpa memerlukan modal yang besar, serendah USD 1 (RM 3.60) boleh memulakan pelaburan. Ertinya, sekiranya anda mempunyai komputer dan talian internet (sebaiknya streamyx) di rumah, anda mampu untuk menjadi Trader Forex (individu yang berdagang menggunakan Forex) dengan bermodalkan serendah 1 usd.

JANGAN SALAH FAHAM

FOREX BUKANLAH PELABURAN INTERNET, YANG MENJANJIKAN ANDA MENJADI JUTAWAN INTERNET DENGAN GOYANG KAKI SAHAJA. SEBALIKNYA FOREX IALAH PERDAGANGAN MATAWANG MELALUI INTERNET YANG DIBENARKAN. PASARAN FOREX IALAH URUSNIAGA JUAL BELI PERTUKARAN MATAWANG. RINGKASNYA FOREX IALAH TEMPAT DI MANA MATAWANG DIBELI / DIJUAL / DITUKARKAN KE MATAWANG LAIN.

HUKUM FOREX
Bertemulah ustaz yang bertauliah untuk menjelaskan hukum perdagangan matawang asing ini, kerana ia lebih memberi kebaikan untuk anda. Namun begitu, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex. Klik di sini http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htmRujuk soalan yang bertarikh 15 Feb 2005. Sebagai panduan anda.

BAGAIMANA NAK MULAKAN

Untuk memulakan perdagangan dengan Forex, anda memerlukan satu platform dengan Broker Forex. Anda perlu mendaftar dengan Broker Forex (Pendaftaran kebiasaanya adalah PERCUMA). Kemudian syarikat Boker Forex tersebut akan menyediakan satu perisian yang membolehkan anda memulakan perdagangan dengan Forex. Amat mudah anda hanya perlu download perisian yang disediakan oleh Broker Forex ke dalam komputer anda, melalui perisian tersebut anda boleh membuat penjualan atau pembelian beberapa pasangan matawang dunia yang disediakan.berpandukan pada carta gandingan matawang.

MARKETIVA FOREX BROKER

Marketiva adalah sebuah syarikat Broker Forex yang paling popular dan paling digemari oleh ramai trader forex. Menariknya, apabila anda mendaftar sahaja dengan Marketiva, anda akan diberi percuma $ 5 USD live akaun, dan $ 10000 USD untuk virtual akaun (akaun maya untuk anda mulakan latihan berdagang dengan Forex) . Dan anda boleh mula berdagang di Forex melalui Marketiva dengan serendah $ 1 USD sahaja tidak seperti broker forex yang lain, di mana nilai minimunnya ialah $ 100 USD.

http://www.marketiva.com

GERAK - Rasuah Musuh No1 Negara

Mana-mana individu yang cintakan Negara dijemput untuk bersama dalam Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) untuk sama-sama MEMERANGI RASUAH & KORUPSI di Malaysia. Saya yakin, seluruh masyarakat pasti membenci amalan rasuah dan korupsi di bumi tercinta ini. Marilah kita bersatu dan berpadu tenaga tanpa mengira fahaman Politik semata-mata..
Sumber dari laman GERAK ( www.gerakmalaysia.org )

Kerjasama antara institusi masyarakat seperti golongan akadamia, NGO, media, badan agama dan parti politik harus dijuruskan ke arah membina suasana dialog yang terbuka terutama didlam memperkukuh perubahan undang-undang (advocating legislative reform)

Pelancaran GERAK peringkat negeri telah di Kedah pada 18hb Nov ini sempena menghormati dan menyanjungi perjuangan Almarhum Dato’ Fadzil Nor yang mengasaskan GERAK, sebuah gabungan parti politik dan NGO yang bersama menuntut reformasi di negara ini sebaik selepas Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan semasa pemerintahan Mahathir Mohamad.

GERAK akan dilancarkan berperingkat - peringkat dan membuka penyertaan setiap rakyat Malaysia untuk menyertainya sebagai AKTIVIS GERAK.GERAK akan berjuang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politik di negara ini. Dalam masa yang sama GERAK juga bersedia bekerjasama dengan semua organisasi dan badan masyarakat termasuk parti politik di dalam dan di luar pemerintahan hari ini sekiranya mereka bersedia berkongsi aspirasi dengan GERAK yakni berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh demokrasi dan menghapus korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman.

Semoga GERAK jujur & ikhlas untuk melaksanakan perjuangan memerangi RASUAH di Malaysia yang semakin merbahaya.. Semoga Agama, bangsa dan Negara kita TIDAK akan TERGADAI. Ketepikan fahaman politik dan bersatu memerangi bersama…

Hak wanita: antara hukum Tuhan dan pelaksanaan insan

Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai. Dalam masyarakatBabylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya.

Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup. Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya. Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: “Dari segi sejarahnya, Islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Suatu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehinggalah tahun 1956. Ini apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telah pun memberikan hak-hak ini kepada wanita Muslim sejak seribu empat ratus tahun yang lampau. (Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm. 46.)

Namun kedatangan Nabi s.a.w. adalah rahmat bagi wanita. Baginda telah membela dan mempertahankan hak mereka. Bayangkan, dalam keadaan dunia sekeliling menafikan hak-hak wanita dan mempersendakannya, tiba-tiba insan yang bernama Muhammad bin Abdillah bangun dengan perintah wahyu membela hak mereka. Hadis-hadis Nabi yang membela dan mempertahankan wanita begitu banyak dan jelas, antaranya daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar.

Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka dalam Sahih al-Bukhari, ada bab Iza Zauwaja Ibnatahu wahiya karihah fanikahu mardud (Apabila bapa mengahwinkan anak perempuannya, sedangkan anak perempuan itu tidak suka maka nikah itu ditolak).

Namun masyarakat Melayu dahulu, apabila begitu terikat dengan mazhab al-Imam al-Syafii maka mereka membiarkan bapa memaksa anak-anak perempuan berkahwin dengan pilihan bapa sekalipun dibantah oleh anaknya atas alasan bapa wali mujbir. Mereka tidak bersikap terbuka menyemak dalil dan mengambil manfaat daripada para sarjana Islam yang lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Siapa tahu, jika al-Syafii hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumah tangga menjadi neraka, barangkali jika al-Syafii melihat hal ini dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya.” (al-Qaradawi, Al-Fatawa al- Mu‘asarah, 337-338,Beirut: Dar Ulil al-Nuha). Namun paksaan seperti itu sudah jarang kedengaran lagi. Masyarakat berubah, pandangan mazhab sudah tidak relevan lagi dalam bab tersebut. Mengambil manfaat dari pendapat lain adalah satu keperluan.

Hak wanita

Disanabegitu banyak nas-nas sama ada dari al-Quran atau al-Sunah yang membela hak wanita. Namun adalah mengejutkan, setelah keadilan gender ini ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tiba-tiba kita sering mendengar aduan atau rasa tidak puas hati wanita Islam yang berleluasa terhadap Mahkamah Syariah atau pejabat agama. Sehingga ada wanita yang memberitahu bahawa antara sebab beliau ingin keluar agama adalah layanan agama yang diberikan kepadanya. Setiap kali beliau mengangkat kes tentang kezaliman suami kepadanya, beliau diberi nasihat agar bersabar, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Sedangkan dirinya semakin hari semakin menjadi mangsa. Bahkan ada yang lebam-lebam matanya, masih disuruh bersabar. Tidak pula ‘pasukan gerak khas’ antimaksiat bertindak pantas mencegah kemungkaran suami yang menyeksa isteri, sepantas pencegahan khalwat yang terpaksa mengintip dengan penuh kesabaran. Sedangkan perbuatan memukul isteri secara zalim ini adalah mungkar yang nyata.

Adawanita yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka takut hendak ke pejabat-pejabat agama, nanti akan berhadapan dengan pengurusan yang ‘tidak mesra’. Sama ada dakwaan itu palsu atau benar, saya tidak pasti. Namun dakwaan seperti itu sering sahaja kedengaran. Apa pun halnya, yang penting penghormatan kepada kaum wanita dan memberikan layanan yang baik kepada mereka adalah ajaran Islam yang agung ini. Daripada Abu Sa‘id al-Khudri: Wanita-wanita berkata kepada Nabi: “Kaum lelaki telah mendapat engkau melebihi kami. Jadikanlah satu hari engkau untuk kami. (Baginda pun lakukan) maka baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka (memberitahu suruhan agama). Antara yang baginda sebut kepada mereka, Tidak ada di kalangan kamu yang mendahulu tiga orang anaknya (meninggal semasa hayatnya) melainkan ia menjadi dinding dari api neraka. Tanya seorang wanita: “Dua orang anak?” Jawab baginda: (Ya) dua orang anak juga.

Baginda dalam hadis ini memberikan kesempatan untuk golongan wanita belajar dan membuat peruntukan khas dari baginda apabila didapati kaum lelaki telah mendominasi mereka sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan yang cukup.

Kes-kes isu talak yang tertangguh perbicaraannya sampai bertahun-tahun masih berterusan kita dengar sehingga hari ini. Walau apa pun alasan yangcubadiberikan olehMahkamah Syariah,iapada hakikatnya tidak lebih dari kezaliman terhadap wanita. Sama ada disebabkan kongkongan kesempitan pemikiran hukum atau pengurusan yang kurang kualiti atau tenaga yang dibekalkan tidak mencukupi. Sehingga kadangkala susah benar nampaknya untuk dipisahkan isteri daripada suaminya sekalipun ternyata kemudaratan telah berlaku. Padahal pada zaman Nabi isteri Thabit bin Qais datang menemui Nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka Rasulullah pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia (Riwayat al-Bukhari).

Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman.Adajuga para ulama yang mentafsir bermaksud terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami. Kata Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H): “Sesungguhnya wanita apabila membenci suaminya disebabkan akhlak atau rupa paras atau agama atau usianya yang tua atau lemah atau seumpamanya dan dia takut tidak dapat menunaikan perintah Allah dalam mentaati suami, maka harus baginya untuk khulu’ (tebus talak) dengan bayaran gantian untuk dirinya. Ini berdasarkan firman Allah: 229. Jika kamu takut keduanya (suami isteri) tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (Ibn Qudamah, al-Mughni, 10/267, Kaherah: Hijr).

Allah dan Rasul-Nya mengharamkan talak bid‘i iaitu mentalak isteri ketika haid atau ketika suci tapi telah disetubuhi. Tujuannya untuk meringankan bebanan tempoh edah ke atas isteri. Hikmahnya mungkin agar tidak lama isteri menunggu edah iaitu tidak lebih dari tiga kali suci juga tidak terdedah kepada risiko hamil. Tujuan dan maksud hukum-hakam Allah dan Rasul- Nya amat kudus dan mulia. Mana mungkin pengurusan syariah seperti Mahkamah Syariah dan jabatan agama yang ditubuhkan untuk mencapai kemurnian hasrat syarak tiba-tiba menjadi faktor yang membantutkannya. Ini seperti penangguhan kes-kes talak yang begitu lama. Tidak syak ia adalah satu kezaliman terhadap wanita.

Lebihmalanglagi, wajah Islam yang mulia ini terguris apabila ada ‘ustazah tv’ yang sanggup membawa cerita palsu bahawa wanita yang terbaik pada zaman Nabi ialah seorang wanita yang setiap hari menunggu suaminya pulang kerja dengan menyediakan makanan dan rotan.Jika suaminya mahu, suami dipersilakan merotankan dirinya walaupun tanpa sebab. Kisah yang seperti ini di samping tidak berasas, ia hanya memalukan agama yang agung ini. Ini masalah stesen televisyen jika hanya mementing orang yang ‘pandai cakap’ bukan ketepatan fakta. Akhirnya kesucian Islam menjadi mangsa.

Di samping itu saya juga suka mengingatkan kepada para pejuang hak wanita atau hak-hak yang lain tentang keseimbangan Islam ini. Al-Tawazun atau al-Wasatiyyah merupakan salah satu ciri-ciri perundangan Islam yang istimewa. Ia bermaksud pertengahan di antara dua keadaan atau pihak. Di mana ketika Islam membela kepentingan satu pihak tidak menyebabkan dicuaikan kepentingan pihak yang lain. Dalam konteks ini, kita maksudkan bahawa pembelaan Islam terhadap hak kaum wanita tidak menyebabkan dipinggirkan atau diabaikan kepentingan dan hak kaum lelaki. Pembelaan Islam terhadap hak isteri umpamanya, tidak menyebabkan diabaikan hak suami. Pembelaan hak ibu, tidak menyebabkan dialpakan hak seorang bapa. Pembelaan hak anak perempuan tidak menyebabkan disia-siakan hak seorang ayah dan ibu. Begitulah seterusnya. Malangnya, kadang-kadang pembelaan hak-hak kaum wanita yang dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa merujuk dan mengikuti nas- nas Islam secara menyeluruh sehingga boleh menyebabkan ketidak seimbangan. Mereka ini kerana terlalu ingin membela kaum wanita sehingga melupai hak kaum lelaki. Hal ini berbeza dengan Nabi ketika membela hak kaum wanita, juga mengimbanginya dengan hak kaum lelaki.

Hak Muslim

Demikian juga apabila kita membela hak Muslim, kita jangan terlalu emosi sehingga menzalimi bukan Muslim. Islam itu adil untuk semua. Begitu juga yang begitu ingin membela hak rakyat sehingga melupai hak pemerintah untuk dihormati dan tidak dimaki. Atau jangan sibuk membela hak pemerintah lalu diketepikan hak rakyat sehingga mereka tertindas. Renungilah kata-kata tokoh sarjana agung umat ini Syeikh al- Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama).” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, jld 2/hlm. 236).
Dalam kisah Abu Darda yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: “Sesunguhnya untuk Tuhanmu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu, untuk badanmu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu dan untuk isterimu ada hak (tanggungjawab) ke atasmu. Berikan kepada setiap yang berhak haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, baginda berkata: Benarlah Salman (Riwayat al-Bukhari).

Pembelaan hak yang tidak seimbang, menghilang kecantikan susunan masyarakat dan keindahan ajaran yang suci ini.

- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo.com

Kerajaan Johor boleh bankrap dalam tujuh hari

Abdul Aziz Mustafa
Thu Jul 12, 07 11:55:19 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jul (Hrkh) - Kerajaan Johor boleh diisytihar bangkrap dalam tempoh tujuh hari jika ia gagal membayar hutang akibat menjamin anak syarikatnya, Johor Corporation (JCorp).

Ketika mendedahkan perkara itu dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyatakan, hutang tersebut telah meningkat dari jumlah asalnya sebanyak RM4.032 bilion.

"Asalnya ia adalah hutang anak syarikat kerajaan Johor iaitu JCorp, tetapi selepas penyusunan semula, kerajaan Johor telah terlibat dengan menjadi penjamin.

"Difahamkan, mengikut perjanjian, tanah kerajaan Johor dijadikan cagaran dan jika sekiranya kerajaan Johor gagal membayar hutang atau bunganya, kerajaan Johor boleh diisytihar bangkrap dalam tempoh tujuh hari!," kata beliau.

Beliau bertanya, mampukah Johor membayar hutang yang telah meningkat dari jumlah asalnya sebanyak RM4.032 bilion itu?

Lebih membimbangkan ialah apabila Husam mempersoalkan, adakah kedudukan hutang yang besar itu tidak menjadikan Johor tertekan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh mengancam masa depan dan kepentingan rakyat dan negeri itu?

"Tidakkah nanti kepentingan Negeri Johor akan terabai melalui pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dengan mengizinkan negara asing terlibat dalam menentukan bentuk pembangunan dan polisi dalam wilayah kita sendiri, semata-mata untuk membolehkan Kerajaan Johor mencari wang membayar hutang ini?

"Dengan kata singkat, bolehkah kita harapkan kepentingan Johor tidak tergadai? Saya hanya melontarkan kebimbangan demi kebimbangan. Mungkin ada pihak boleh memberikan respon?" tanya beliau.

Menurut Husam, seorang kenalannya telah menarik perhatian beliau terhadap kemungkinan Johor diisytihar bangkrap lima tahun dari sekarang.

"Kenalan ini merujuk kepada hutang JCorp berjumlah RM4.032 bilion yang telah disusun semula pada tahun 2002, melalui agensi Jawatankuasa Penyusunan Semula dan Hutang Korporat (CDRC). Penyusunan semula ini memerlukan jaminan oleh Kerajaan Johor," katanya.

Rakan beliau itu kemudiannya menunjukkan maklumat dari laman web CDRC yang boleh dilayari untuk melihat siaran media berkenaan isu tersebut.

"Namun, perincian perjanjian hutang yang disusun semula itu tidak disertakan," kata Husam.

Menurut beliau, pembayaran balik dibahagikan kepada tiga peringkat dan paling besar ialah apabila matang pada tahun 2012.l

Umno perlu berani lawan isu cabar hak orang Melayu

Oleh Ahmad Ghazali Musa

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka.Beliau berkata, jika Umno tidak bersuara, parti pembangkang, terutama DAP menjadi lebih berani menyuarakan isu perkauman tanpa perasaan segan silu untuk menjaga hati bangsa lain.

"Umno penakut nak bersuara (isu sensitif seperti Dasar Ekonomi Baru) dan apabila kita tak bersuara, orang lain akan menjadi jaguh dan lebih berani. Kita takut kononnya nak jaga perasaan orang lain...kenapa DAP berani," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di bangunan baru RTM di Jalan Kamunting, dekat sini, semalam.

Ditanya mengenai pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) seperti Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang turut berani menyuarakan perkara sensitif seperti DEB secara terbuka, Adnan berkata, kalau di kalangan pemimpin komponen BN, ia boleh disuarakan secara tertutup."Kalau dalam komponen BN, kita boleh bincang, tetapi janganlah dibuat secara terbuka.

Kita boleh lakukannya secara tertutup kerana ia lebih baik. Sebab itu, saya banyak kali mengatakan apabila pemimpin komponen mahu menyuarakan perkara sensitif membabitkan isu seperti DEB yang dilihat lebih mementingkan untuk membela Melayu dan Bumiputera, ia sewajarnya dibuat secara tertutup," katanya.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan mengamalkan sikap terbuka, termasuk sedia mengkaji semula dasar atau peraturan yang tidak mencapai matlamat pengagihan ekonomi, Adnan berkata, dasar dan peraturan yang tidak selamat memang perlu dikaji semula.Beliau yang bersetuju dengan saranan Perdana Menteri itu, berkata perkara membabitkan kos seperti cukai dua kali dan amalan rasuah memang perlu dikaji semula dalam pelaksanaan dasar atau peraturan.

Katanya, sikap ditunjukkan Perdana Menteri itu membuktikan kerajaan sentiasa mengamalkan sikap tolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan setiap dasar dan peraturannya."Bagi dasar seperti DEB ia dapat memastikan orang Melayu tidak terus ketinggalan dan ini mampu mengekalkan kestabilan negara dan ia adalah baik. Sewajarnya tiada mana-mana pihak menyuarakan rasa tidak puas hati," katanya.Malah, katanya, kaum lain boleh menyuarakan pandangan masing-masing untuk kepentingan bangsa mereka, termasuk dari segi meningkatkan tahap ekonomi.