Jul 22, 2007

GERAK - Rasuah Musuh No1 Negara

Mana-mana individu yang cintakan Negara dijemput untuk bersama dalam Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) untuk sama-sama MEMERANGI RASUAH & KORUPSI di Malaysia. Saya yakin, seluruh masyarakat pasti membenci amalan rasuah dan korupsi di bumi tercinta ini. Marilah kita bersatu dan berpadu tenaga tanpa mengira fahaman Politik semata-mata..
Sumber dari laman GERAK ( www.gerakmalaysia.org )

Kerjasama antara institusi masyarakat seperti golongan akadamia, NGO, media, badan agama dan parti politik harus dijuruskan ke arah membina suasana dialog yang terbuka terutama didlam memperkukuh perubahan undang-undang (advocating legislative reform)

Pelancaran GERAK peringkat negeri telah di Kedah pada 18hb Nov ini sempena menghormati dan menyanjungi perjuangan Almarhum Dato’ Fadzil Nor yang mengasaskan GERAK, sebuah gabungan parti politik dan NGO yang bersama menuntut reformasi di negara ini sebaik selepas Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan semasa pemerintahan Mahathir Mohamad.

GERAK akan dilancarkan berperingkat - peringkat dan membuka penyertaan setiap rakyat Malaysia untuk menyertainya sebagai AKTIVIS GERAK.GERAK akan berjuang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politik di negara ini. Dalam masa yang sama GERAK juga bersedia bekerjasama dengan semua organisasi dan badan masyarakat termasuk parti politik di dalam dan di luar pemerintahan hari ini sekiranya mereka bersedia berkongsi aspirasi dengan GERAK yakni berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh demokrasi dan menghapus korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman.

Semoga GERAK jujur & ikhlas untuk melaksanakan perjuangan memerangi RASUAH di Malaysia yang semakin merbahaya.. Semoga Agama, bangsa dan Negara kita TIDAK akan TERGADAI. Ketepikan fahaman politik dan bersatu memerangi bersama…

No comments: