Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Aug 3, 2007

Merdeka!

Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.





Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

12 mat rempit berjaya terjun di Kutub Utara



KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh kerana cuaca buruk, Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera Umno semalam berjaya mencatat sejarah sebagai kumpulan belia pertama membuat penerjunan di Kutub Utara.Kumpulan 16 orang termasuk 12 bekas ‘mat rempit’ berusia 19 hingga 24 yang kini anggota Putera Umno itu, terjun dalam dua pasukan pada ketinggian 6,000 kaki dan 5,000 kaki dari helikopter MI-8 milik penganjur Russia, pada jam 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia).


Ekspedisi diketuai Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu menjadikan Malaysia negara pertama melakukan terjunan di Kutub Utara tahun ini, ketika pasukan negara lain menarik diri kerana cuaca buruk. Selain Abdul Azeez, ekspedisi disertai Haziq Azlan, Hamsja Arsyad, Mohamed Anuar Merami, Syed Halim Amir Ali, Mohamed Zakwan Yahya, Mohamed Irwan Shaari, Norafandi Noordin, Daniel Shah Redzuan Mohamed Zawawi, Mohammad Shafiq Akmal Trisno, Mohamad Khasiain Omar Khan, Musa Abu Bakar dan Saiful Nizam Dorani. Turut serta ialah dua jurulatih dari Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Azlan Ismail dan Abdul Karim Salleh dan ketua operasi ekspedisi Datuk Abdul Rahim Dahalan



Dalam keadaan cuaca di Kutub Utara semalam dianggap baik dengan kelajuan angin 13 knot serta suhu 18 darjah Celsius di bawah paras beku, 16 peserta ekspedisi itu terjun sambil melaungkan `Allah Akbar’ serta mengibarkan bendera Malaysia, Umno dan 14 bendera negeri di Malaysia. Abdul Azeez, ketika dihubungi berkata, doa dan sokongan rakyat Malaysia membolehkan mereka terus berada di Kutub Utara walaupun menghadapi cuaca buruk dan landasan merekah di Stesen Barneo (pintu masuk Kutub Utara) sejak tiba di Longyearbyen, Kepulauan Svalbard, 14 April lalu. “Ini adalah hadiah untuk rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara dan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno,” katanya.
Bendera Malaysia dan Umno yang dikibarkan di Kutub Utara itu akan diserahkan kepada Abdullah. Pasukan ekspedisi itu turut membentangkan bendera Malaysia dan bendera Umno ‘Sang Saka Bangsa’ berukuran 100 kaki panjang dan 50 kaki lebar di Kutub Utara. Seramai 25 anggota ekspedisi sebelum itu berlepas ke Stesen Barneo dengan menaiki pesawat Antonov 74 milik penganjur Russia pada 11.20 malam dan tiba di Stesen Barneo Russia, kira-kira tiga jam kemudian.
Mereka kemudian meneruskan penerbangan ke titik tengah Kutub Utara dengan menaiki helikopter MI-8 dan tiba pada 3.30 pagi. Turut serta ialah wakil Persekutuan Terjun Payung Russia, Sergey Insarov.Sejurus tiba, semua anggota ekspedisi mengerjakan sujud syukur sebelum bersiap untuk melakukan penerjunan pada 4.15 pagi. Selesai penerjunan, Sergey, yang mewakili Presiden Persekutuan Terjun Payung Russia, memakaikan Sayap Kanan Tentera Russia kepada Abdul Azeez.Abdul Azeez kemudian memakaikan pingat penerjunan kepada 12 penerjun Putera Umno serta Azlan dan Abdul Karim sambil disaksikan Abdul Rahim.
Suasana menjadi sayu seketika apabila penerjun muda Putera Umno saling berpelukan menangis kegembiraan pada upacara pemakaian pingat itu. Pasukan ekspedisi itu kemudian menyanyikan lagu Negaraku dan Umno sebelum berlepas pulang ke Kepulauan Svalbard, kira-kira 1,000 km dari Kutub Utara dan tiba di Lapangan Terbang Svalbard pada 8.20 pagi waktu tempatan.

Jul 23, 2007

Malaysia Merdeka Lagi

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi. Dah tak lama lagi. Tak silap aku ini kemerdekaan yang ke 50 tahun. Betul ke?

Maaflah, jika nak cakap pasal Malaysia, rasanya ada berpuluh ribu alasan kenapa aku tak puas hati. Bukan dari segi pentadbiran negara saja yang aku tak betah untuk terima, malah rakyat Malaysia sendiri banyak yg ketegaq. Apa tu ketegaq? Ntahlah, aku sendiri kurang pasti. Rasanya ia sesuatu yang negatif.

Ye, rakyat Malaysia ni dah masuk kategori 'Tak dapek den nak nolong eh'. Kenapa? Banyak sebabnya tapi rasa malas pulak nak huraikan satu2 kat sini. Itulah, salah satu dari penyakit rakyat Malaysia. Malas! Pemalas! Nak masukkan sampah ke dalam tong sampah pun malas. Buang sampah merata-rata walaupun depan mata ada tulis 'Jangan Buang Sampah Di Sini'. Haa... kat situlah yang dia nak buang sangat. Malas ar nak cerita.

Jalan raya lagi satu. Itu dah jadi medan peperangan mat-mat rempit. Bukan mat rempit je, masuk sekali la mat remput. Ehmm.. apa namanya pemandu kereta yang bawak kereta macam kena kejar dengan polis lepas buat rompakan kat Gombak? Bukan mat remput ke? OK, apa-apa sajalah. Pendek kata, bila dah masuk jalan raya, semua orang bawak kenderaan masing-masing pada kadar halaju yang mereka tetapkan sendiri. Tak peduli la nak kena saman ke apa Rakyat Malaysia semua kaya-kaya apa. Bila-bila masa boleh bayar saman. Alah, saman. Apa sangatlah nak bayor saman tu. Malas ar nak cerita.

Manners, atau dalam Bahasa Malaysianya, budi bahasa. Bila orang cakap orang Malaysia ni kurang ajaran, tau pulak depa nak melenting. Apa, tak betul ke? Pembuli jalan raya ada merata tempat kat Malaysia ni. Yang dok buat dajal pun ada di mana-mana. Memang la takat tak tolong bukak pintu asa orang nak masuk Maybank tu bukanlah satu ukuran di mana kita boleh cakap orang tu ada budi bahasa ke idak. Tapi kita memang takde budi bahasa la. Memotong barisan masa kereta-kereta beratur tunggu giliran untuk masuk ke laluan, tak kurang ajar ke? Bila kita biarkan aje sorang datuk yang jalan terbongkok-bongkok melintas jalan raya, berbudi bahasakah kita? Bila masing-masing berselisih bahu di pasar malam, jangan kata nak tegur, senyum pun belum tentu lagi, maka kita ini bangsa yang berbudi bahasa ke? Malas ar nak cerita.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-50.

Jul 22, 2007

Bocor Lagi

Bocor Lagi by Keris Silau - Malaysia Today

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it's PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice décor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers' money
So please spend the money wisely.